kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

heyAwak, heySayang - Appreciation (Part I)

Alhamdulillah, we meet again. Now it's time for us, me and En Selangor, to thank all the important person who gave their hands in helping us for our ceremony. We want all of you to know that we really appreciate everything you do to make our precious ceremony happen. Let me started with our ceremony at Sungkai first this time.


DSC_1219
Untuk ucapan terima kasih yang paling istimewa dan utama, buat The Shari's.

Terima kasih makabah atas semua pengorbanan yang telah dicurahkan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, terkawal dan meriah. Terima kasih dan tahniah untuk Abah yang untuk pertama dan terakhir kalinya menikahkan anak perempuan yang terakhir ini.


Untuk adik beradik yang lain, Kak Long, Abang Din, Kak Lang, Kak Ngah, Kekda, Kak Liza, Abang Nizam, Kekna dan Adik.


Terima kasih atas sedikit sumbangan yang diberikan dalam bentuk cenderamata untuk para tetamu, sumbangan dalam bentuk wang untuk membeli uniform The Shari's. Terima kasih atas tajaan untuk bulan madu kami. terima kasih kerana sanggup terbang pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis. Terima kasih kerana sanggup bersusah payah membantu dalam segala hal sepanjang majlis berlangsung. Kalau mahu disenaraikan satu persatu, terlalu banyak pertolongan yang telah dihulurkan. Berbanyak terima kasih diucapkan atas huluran bantuan, kata semangat dan dorongan yang telah diberi. Terima kasih yang istimewa untuk semua kerana menjadi wedding planner tak bertauliah untuk majlis ini. Tanpa kalian, tak mungkin majlis berjalan seperti mana yang diidamkan. Sesungguhnya, jasa baik dan budi kalian akan kami kenang sampai bila-bila. semoga Allah merahmati kita semua.




DSC_1228

Buat abang-abang dan kakak-kakak ipar tersayang.


Terima kasih atas keikhlasan hati mengerah tenaga bagi memastikan perjalanan majlis sempurna. Terima kasih tak terhingga kerana tanpa jemu memberi idea dan pendapat. Terima kasih atas pengorbanan yang telah dicurahkan. Tanpa kalian juga, tidak mungkin majlis akan berlangsung seperti yang kami angankan. Terima kasih sekali lagi, dan kami doakan semoga kalian dirahmatiNYA sentiasa.



DSC_1237

DCS_0303

Buat anak-anak saudara yang 25 orang semuanya.

Terima kasih maksu dan paksu ucapkan kerana membantu dengan rela hati, sanggup berpanas berhujan bergotong royong masa kenduri. Semuanya bekerjasama, bertolak ansur dalam membuat kerja. Maksu dan paksu doakan semuanya berjaya dalam pelajarn dan hidup ye. =)


DSC_8157
Buat Sumaiyah, Yaya dan Nani. Terima kasih sudi jadi Flower Girls maksu. =)


DSC_8344
Terima kasih Has, kerana sudi menerima pelawaan Lun untuk jadi mak andam untuk hari paling bahagia itu. Tak sampai hati nak bayar harga murah macam yang telah ditetapkan, sebab hasil tangan beliau memang terbaik!



31873_10150199654250317_801125316_13002791_281465_n
Buat Siti Nur Yusoff, NazliHuda, Eyta dan Ana. Terima kasih kerana sanggup datang awal-awal pagi untuk majlis akad nikah. Terima kasih kerana dalam masa yang sama terpaksa jadi bidan terjun untuk final touch up barang hantaran. Tak lupa pada Yatie dan Wahidah. Terima kasih sangat-sangat atas kesudian kalian menghadirkan diri ke majlis kami yang tak seberapa walau kalian tengah sarat mengandung. =)


28592_129719753724398_100000591238255_231084_1453423_n
Azmir MN, Adib and Abg Ajib. Terima kasih kerana sudi datang dan setia menanti isteri masing-masing menghabiskan masa bercerita sakan.



DSC_1197
Kawan-kawan SAINA sekalian. Rahman, Hazeman, Mandel, Anan, K-tiey, Shida, Eyta dan Hasniza. Terima kasih, sudi menunggu sehingga ke pengakhiran majlis untuk sesi bergambar. terima kasih sangat-sangat kerana menjadi wakil untuk kawan-kawan SAINA yang lain.




32122_129723540390686_100000591238255_231122_2065405_n
Wana, Zul, Ana dan Aleen. terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis.



DSC_1292

Buat Maisarah dan KA, terima kasih atas kehadiran kalian. Walau lewat, Alhamdulillah dapat juga kita mengabadikan gambar bersama-sama di atas pelamin.



31873_10150199653205317_801125316_13002719_8080247_n
Ucapan istimewa untuk Nazifah dan Aminah, atas kesudian memeriahkan majlis. Maaf andai kiranya tak terlayan pada hari tersebut.



DSC_1184

DSC_1188
SOKSEKians. Terima kasih sudi sama-sama mengikuti rombongan pengantin lelaki berarak. Terima kasih Kid, sudi jadi pengapit En Selangor.





Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang sudi datang memeriahkan majlis kami pada June yang lalu. Untuk semua ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai (Hafiz, Ziera dan Ghaffur. Maaf, gambar kalian tida dalam simpanan kami). Maaf kerana tidak berkesempatan untuk kami senaraikan seorang demi seorang. Tapi jauh di lubuk hati kami, hati kalian, kita sama-sama tahu akan jasa dan bakti yang telah kalian taburkanbagi memastikan majlis kami berjalan seperti yang direncanakan.


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

heyAwak: Tunggu heyAwak, heySayang - Appreciation (Part II) pula lepas ni. =)




0 comments: