kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Gurau pagi


02 December, 2010. Pagi tadi sewaktu sibuk bersiap-siap mahu ke tempat kerja, En Selangor bertanyakan satu soalan. Soalan yang tak pernah sekalipun terlintas pada saya, akan terkeluar dari mulutnya.


“Awak, kalau saya buat satu blog nak catat semua cerita pasal kita, cerita sedih, cerita gembira, waktu gaduh, waktu okay. Boleh tak?”


Saya terdiam sejenak. Tak sampai beberapa saat pertanyaan itu dihamburkan, saya menjawab.


“Awak nak ceritakan semua? Kalau orang baca macamana? Nak orang lain tahu pasal jatuh turun rumahtangga kita?”


Waktu ini, dia pula terdiam.


“Saya privatekan la blog tu. Takde sape boleh baca.” Jelasnya.


“Apa tujuan awak nak buat blog tu sebenarnya?” Dengan rasa ingin tahu yang tak tertahan-tahan, saya ajukan soalan.


“Saya cepat lupa. Untuk memori saya la. Mana la tahu nanti kalau kita gaduh ke, tak payah la susah-susah saya nak ingat balik apa yang sesuai untuk diungkit. Nanti bukak blog, tnjuk je, “Ha, dulu awak kata tu, dulu ni.” Kan senang. Hahah”, jawabnya selamba, dengan nada bergurau.


Dengan muka menyinga dan nada sinis, saya menjawab.


“Oh, nak main ungkit-ungkit la ni? Awak jangan tak tau, saya ni lagi hebat tau bab ungkit-ungkit ni. Tak payah tulis dalam blog, tak payah nak susah-susah fikir, sekarang pun dah beratur list dalam kepala.”


Ambik kau!


Dia ketawa. Saya turut ketawa. Kami ketawa. Tawa kami terhenti bila terdengar suara mak mertua dari luar bilik mengingatkan kami agar cepat bersiap kerana jam sudah melewati angka 8. Lewat ke tempat kerja nanti, katanya.


Sebelum En Selangor melangkah ke bilik air, sempat lagi sekali dia tanyakan kembali soalan yang sama.


“Awak, boleh tak buat blog tu?” Nada mengharap.


Saya hanya memandang kosong sambil tersenyum. Diam. Melihat pertanyaannya yang tidak berjawab, En Selangor menutup daun pintu bilik air. Tak sampai beberapa saat, pintu bilik air dibuka kembali.


“Awak, kalau saya buat blog tu nanti, Saya nak kena bagi ke awak baca?” Sambil tersenyum nakal, terus tutup kembali pintu, tanpa menunggu jawapan daripada saya.


Saya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala mengenangkan gurau senda kami di pagi itu.


CIMG1921

Tiap hari sayang.



heyAwak: Kalau betulllah En Selangor mahu proceed dengan agenda blog tersebut, nampak gayanya kena jadi kaki bodek la selepas ini. Supaya hari-hari dia tulis yang baik-baik sahaja tentang saya ;p

0 comments: