kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Trimester Pertama

Alhamdulillah, sebelas minggu berlalu. Dan Alhamdulillah juga, trimester pertama yang penuh mencabar bakal bersisa beberapa hari saja lagi, InsyaAllah.


Timbul rasa ralat mengenangkan tidak berpeluang mencatat memori-memori suka dan duka bermula dari hari pertama mengandung sepanjang trimester pertama untuk tatapan dan kenangan di hari-hari mendatang. Alah teruk di minggu-minggu awal kehamilan menjadi penghalang untuk berbuat demikian. Tapi Alhamdulillah, setiap saat dan ketika itu tetap tersemat kukuh dalam kotak ingatan. Dan Alhamdulillah juga, semuanya berjaya dilalui dengan tabah dan sabar.


Kira saya, 17 Februari 2011 merupakan hari yang paling istimewa sebaik mengetahui ada jasad lain yang sedang berusaha bernafas di dalam diri. Ada nyawa lain yang sedang menanti hari ditiupkan roh ke dalam jasadnya untuk sama-sama menikmati kehidupan di bumi Tuhan kelak. Dan yang pasti, tidak putus-putus kata syukur ke hadrat Illahi dilafazkan atas kurniaan yang tidak ternilai itu. Alhamdulillah.


Tidak salah kiranya saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang tak seberapa sepanjang trimester pertama setakat ini. Rasa kurang selesa dan morning sickness mula terasa dipertengahan minggu ke enam, beberapa hari selepas tarikh keramat 17hb Februari itu. Selera makan mula menghilang. Cubalah segala jenis makanan sekali pun, semuanya berat untuk diterima anak tekak.


Masuk minggu ke tujuh, alah makin menjadi-jadi. Muntah-muntah teruk. Jangankan kata minum, tengok air masak sekali pun terasa kembang anak tekak. Hospital dan klinik sudah menjadi rumah ke tiga selepas tandas. Sampai satu tahap, mengalir jugalah air mata mengenangkan keadaan diri waktu itu. Alhamdulillah, En Selangor dan keluarga kedua-dua belah pihak banyak membantu. Banyak memberikan semangat dan bersabar melayan kerenah.


Hmm…betul kata sesetengah orang. Bukan senang mahu menjadi seorang Ibu. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.



heyAwak: Seronok dengar bunyi degupan jantung baby semalam. Laju, macam bunyi orang menembak! =)

Good News! Alhamdulillah.


It has been 8weeks and 4days and only today I got the opportunity to share this precious news with you guys.


“Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku. Dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”


17022011618


heyAwak: Terima kasih, Allah. Atas kurnia yang tidak ternilai ini.