kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Nursery: 1st Day

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, masuk minggu ke-tiga bekerja selepas dua bulan cuti berpantang di kampung. It's been a while since my last update. Umur Nur Nawal Medina pun dah menginjak dua dua bulan setengah. Alhamdulillah, we brought her for two month's check up at Klinik Kesihatan Putrajaya. She got her second injection and she is 4.55kg now! Berkat susu Mommy. Okay la tu kan even baby orang lain dah nak jejak 5kg? Sebab Nur Nawal Medina masa lahir pun memang kecik cenonet je. So bila nurse cakap berat Nur Nawal Medina dah 4.55kg, teruja dan seronok la! :)



Okay, back to main topic. Hari ni first day hantar Nur Nawal Medina ke sekolah. Sebelum ni, MIL tolong jaga kat rumah sementara cuti sekolah tak habis lagi. Flashback balik dua minggu lepas masa first day masuk kerja lepas dua bulan bercuti, teresak-esak jugaklah masa salam tangan MIL pagi nak pergi kerja tu. Salam serah tugas la kononnya, "Ma, tolong tengok-tengokkan Nur Nawal Medina masa Huda pergi kerja ni ye." *Terus menangis. Tutup muka dgn tapak tangan.* Teheheh ;p



Pagi ni masa tengah bersiap, Nur Nawal Medina main-main macam biasa atas katil dengan Daddy. Happy je dia. Masa dalam kereta nak ke nursery pun, Nur Nawal Medina tersenyum-senyum je. Tapi sampai je depan pintu nursery, terus menangis. Sebaknya rasa. Tak sampai hati nak tinggalkan. Masa drive nak ke Putrajaya pun, adegan teresak-esak macam dua minggu lepas berlaku lagi T___T (Al-maklumlah, first baby kennn?) ;p



Sampai je office, terus pergi breakfast. Curi masa untuk pam susu untuk Nur Nawal Medina. Around 11am, called nursery. Alhamdulillah, babysitter cakap Nur Nawal Medina tak meragam pun. Tadi pagi dia menangis sebab panas kot sebab masa hantar tu memang lengkap berbedung dan berselimut. Bila bawa masuk bilik ber-air-cond je, terus Nur Nawal Medina senyap. Masa mandi pun tak banyak ragam. Menyusu pun okay. Lena je tidur. :) 



Alhamdulillah. Lega sikit hati nak buat kerja. Tak sabar nak jemput Nur Nawal Medina dari nursery petang ni. Harap-harap kerja tak banyak dan jalan pun tak jam. Nur Nawal Medina pernah merajuk sebab kami balik lewat. Meragam teruk. Menangis tak henti. Bila MIL bawa masuk bilik kami, baringkan atas katil, terus Nur Nawal Medina senyap. Dia rindukan Mommy dan Daddy rupanya. Comel je :)



Harapnya hari ni Nur Nawal Medina tak merajuk lagi kalau Mommy dan Daddy pulang lewat :)



heyAwak: Nur Nawal Medina suka tengok Mommy bersiap pagi-pagi nak pergi kerja. Mata dia akan ikut je tengok Mommy ke hulu ke hilir. Mesti dalam hati dia cakap, "Cantik betul Mommy ni. Nanti besar nak jadi macam Mommy lah!" ;p



Bubbye Atuk&Nenek


Hampir dua bulan berpantang di kampung, bila sampai masa nak balik Ampang, sebaknya rasa. Mengalir air mata Mak saat terakhir melepaskan ciuman ke pipi gebu Nur Nawal Medina. Sayu pandangan mata Abah nak lepaskan cucu bongsu pulang. 



Tapi Mommy dan Nur Nawal Medina kena balik juga. Onni dan Datuk di Ampang pun dah tak sabar menunggu kuepulangan Nur Nawal Medina ke Ampang. 



Nenek panggil Nur Nawal Medina "Manja". Kemanjaan Nenek betul. Kalau ada Nenek, dengan Mommy pun Nur Nawal Medina pandang sebelah mata.




Sebelum Nur Nawal Medina balik, Atuk dukung lama-lama. Luangkan masa yang berbaki untuk bermanja dengan Nur Nawal Medina, supaya Nur Nawal Medina tak lupakan Atuk.


 

heyAwak: Bestnya jadi Mommy! :)


 

Puting


Cubaan 'memutingkan' Nur Nawal Medina sebab asyik nak menempek je. End up Nur Nawal Medina taknak. Good girl anak Mommy&Daddy ni :)


HeyAwak: Daddy pun satu, besar gedabaknya puting yang dibelinya.