kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

NNM in action

 

 

 

HeyAwak: Cantik! :)

Home sweet home!

Assalamualaikum wbt

 

Alhamdulillah. Kami dah mula belajar hidup sendiri. Hampir sebulan kami berpindah masuk ke rumah (sewa) baru.

 

Seronok!

 

HeyAwak: Kalau ada rezeki lebih, kami buat housewarming, InsyaAllah kami jemput ok? :)

 

Quick update :)

Assalamualaikum wbt.

Ya ampunnn. Bersawang kemahen heyAwak sekarang. Last update masa Nur Nawal Medina 6 bulan kot. Sekarang dah nak dekat sebulan NNM setahun. Happy birthday anak Mommy! :)

NNM's first bracelet from Atuk & Onni. Thanks! :)

 

Alhamdulillah. Dah setahun usia NNM. Makin bijak. Makin cerdik. Makin banyak kerenah. Makin buat Mommy dan Daddy gembira hari-hari. Gigi baru dua. Hari-hari sengih lebar tayang gigi. Ngeeee~

 

NNM masih belum pandai berjalan. Tapi dah giat meniti keliling meja, ulang alik sofa kiri ke kanan. Rajin mengemas. Rajin teman Mommy di dapur sambil punggah barang di rak, sambil mulut tak henti-henti berceloteh :)

 

Seperkara lagi, NNM dah pandai panjat katil/sofa sendiri. Nak turun pun dah pandai hulur kaki dulu. Daddy yang ajar :)

 

Yang paling ketara, NNM sukaaaaaa sangat kalau Mommy dan Daddy bawa jalan-jalan. Sepanjang jalan berceloteh excited! (Ini rasanya menurun perangai Mommy ;p)

 

 

Oh, sebab baru lepas Raya AidilAdha, nak pos gambar kami sekeluarga di pagi raya boleh? Errr, tapi ni gambar masa raya puasa la ;p

Selamat hari raya semua :)

 

 

HeyAwak: Kami ada berita gembira. Tunggu next entry ye :)

 

 

Sunway Lagoon Theme Park


Assalamualaikum wbt


NNM and me got the opportunity to join En Selangor's Family day held by Telekom Malaysia at Sunway Lagoon Resort. En Selangor and me were excited to buy neck float and swimming suit for NNM since that's her first visit to water park. Semangat hokkay Mommy and Daddy cari pelampung online. Swimming suit pulak gian kami pi Jusco Maluri malam-malam lepas Maghrib. Hehehe.




NNM and Daddy.





NNM in swimsuit, bought at Jusco Maluri two days before the event.





Super happy face. She loves playing with the water.






Seems like she didn't like using the neck float. Macam nak tercekik je. End up we pull her out and let her crawl and play with the water without the float.





Met new friend.




Here is the video how enjoyed and happy NNM playing and crawling in the water. Abaikan suara kartun Si Perakam Video ye ;p








While waiting for Daddy and friends play around. Dapat la tidur dalam setengah jam. Penat betul.






Dah siap tukar baju. Ready to go to Lil' FJ birthday party!






heyAwak: Yes, she loves to play with the water. Guess we need to do more activities involving water with her :)





Baby Neck Float


Assalamualaikum wbt

Yeay! Baby neck float dah sampai. Dah lama usha dan survey neck float ni sebenarnya. Kali ni nekad nak beli juga sebab this coming weekend En Selangor nak bawak NNM dan Mommy join Family Day Telekom Malaysia di Sunway Lagoon. Yuhuuu! 







Okay, as for now, baby neck float done! Next on the list are new car seat and stroller for NNM.
Eh eh, sejak bila ada wishlist ni? ;p



heyawak: We plan on signing her up for swimming class. If anyone has recommendations for swim classes for baby, do let us know ok? :)

Panjat, jangan tak panjat!


Assalamualaikum wbt


Skill terbaru NNM. Memanjat. Let the pictures do the talking! :)



"Bosannya duduk dalam carseat ni. Bila nak sampai rumah ni?"





"Nak test skill baru la. Harap-harap Mommy tak nampak. Bismillahirrohmaanirrohim."





"Alamak! Mommy tengok la! Buat-buat tido lah."






"Okay, Mommy dah khusyuk sambung drive. Jom panjat balik."





"Yes! Berjaya! Ha, Mommy. Hebat tak saya?"




Rasanya dah sampai masa NNM dapat carseat baru. TQ Uncle London and Aunty Fatin sebab hadiahkan carseat ni. Dengan carseat ni lah Mommy dan Daddy bawak NNM travel dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat sejak lahir lagi. Sekarang NNM dah besar, carseat ni dah tak sesuai dengan size dan kelincahan NNM sekarang. Tapi kalau dah beli carseat baru nanti, carseat Halford oren ni tetap akan menjadi sentimental value buat NNM ;p




heyAwak: Daddy, berapa budget untuk NNM's new carseat nanti? ;p






My breastfeeding journey


Assalamualaikum wbt

Petang ni down sikit. Sebab tadi tanpa sengaja tertumpahkan sebotol 5oz susu lepas pam stock untuk Nur Nawal Medina. Takde rezeki.

Sorry, NNM. Untuk next session punya pumping nanti Mommy cover balik ye :)



Love you, NNM.



heyAwak: Lately ni NNM tidur nyenyak tiap malam. Dapat la Mommy dan Daddy tidur lena sikit. Alhamdulillah :)








NNM's playtime with Daddy


Assalamualaikum wbt

Jumpa lagi kita! :)

Just a quick update. This proud Mommy wanna share with you guys how happy NNM during her playtime with Daddy. We discovered her new hobby. She lovessss to scream. The high pitch one. Maybe she's trying her vocal cord and want to be like Mommy;p. Yes, Mommy love singing :) *admit*


So, enjoice!



Minute 1:36. Ohoiii~




heyAwak: As for now, NNM masih belum pandak merangkak. Baru nak belajar angkat punggung je. Go, NNM go! :)



Memori

Assalamualaikum wbt

Dua minggu lepas berpeluang membawa NNM melawat Dewan Bersalin HUKM, tempat NNM dilahirkan. Pejam celik pejam celik, dah lapan tahun bulan umur NNM (baru). Nanti bila NNM dah besar sikit dan bila NNM dah mula faham, nak bawa NNM lagi sekali ke sini.

Memori.



Mommy and Daddy 's 




heyAwak: Cikgu sekolah mengadu, NNM sekarang kurang tidur kat sekolah. Asyik nak mainnnnn je. Malam pun asyik nak main je. Lepas ni nak kena train NNM tidur ikut waktu. Baru la Mommy punya banyak masa untuk baking-baking ni ;p






2nd year Anniversary




12 June 2012. Alhamdulillah. It has been two years. Semoga Allah kekalkan jodoh heyAwak. Amin :)



heyAwak: Tahun ni heyAwak terpisah jauh masa anniversary. En Selangor di selatan tanah air. Mommy dan NNM di Ampang. #walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat :)




Baby Talk

Assalamualaikum wbt


NNM's going on eight months this coming 10th June! Mommy and Daddy love you, NNM! :)



Baby talk in the morning :)



Kalau sebelum ni NNM pernah bergambar dengan Dynas Mokhtar, kali ni NNM berkesempatan berposing dengan Lisa Surihani pulak. Untung NNM dapat Mommy yang tak malu nak kejar2 retis ni ;p


Muka Daddy tersipu-sipu malu dapat bergambar dengan retis ;p


Met Lisa at Empire, Subang. Masa ni Daddy dan dua orang lagi officemates open table kat Chili's. Al maklumlah, dapat bonus besar ;p



Minggu lepas NNM kena demam campak. Lima hari straight la Mommy cuti. Alhamdulillah, NNM tak kena demam campak yang besar-besar tu. Balik kampung Sungkai, Nenek dan Atuk belikan kelapa muda. Mandikan NNM dengan air kelapa, terus campak tu start naik kat kaki. Nenek cakap, kalau dah naik kat kaki, maknanya dah nak penghujung tu. 


Lagi satu, Nenek lumur badan dan muka NNM dengan bedak sejuk yang Nenek buat. Bagi campak tu kecut cepat sikit dan untuk hilangkan miang. Bila dah lumur bedak sejuk ni, nampak la NNM selesa sikit. Kalau tak, asyik nak menggaru je. Alhamdulillah, NNM dah sihat walafiat sekarang :)


Nak tengok muka comot NNM masa kena demam campak?

"Otakkk... Otak..." (Zombie kampung Pisang)




Good girl anak Mommy ni. Demam-demam pun ceria je muka. Tapi waktu ni je la kan. Time lain asik nak berkepit je dengan Mommy :)



Semoga NNM terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada sebarang penyakit. Amin.


Untuk progress sehingga umur NNM lapan bulan ni, rasanya masih sama macam skill yang diupdate sebelum ni. NNM masih belum pandai merangkak lagi. Gigi pon tak tumbuh lagi. Nenek cakap, Mommy dulu umur 9 bulan dah boleh berjalan laju-laju. Takpe lah, mana tau lepas ni dengan kuasa Allah, NNM tumbuh gigi dan berjalan terus berlari ;p 


Lagi satu, sekarang NNM dah mula kenal orang. Seronok tengok NNM terlompat-lompat seronok dalam dukungan cikgu kat sekolah bila nampak je Mommy bukak pintu kereta masa nak jemput balik rumah :)


Olololololo~




heyAwak: Bulan puasa dah tak lama. Sekarang tengah giat mengumpul stok susu untuk NNM bekalan bulan puasa nanti. Alhamdulillah, so far bekalan mencukupi. 




My First Mother's Day




A lovely rose from Petronas on Mother's Day. Thank you, Petronas!





Thank you, Allah for this little precious of mine. 




heyAwak: Happy mother'sa day to all :)





Tujuh bulan

Assalamualikum wbt


Alhamdulillah, genap usia NNM tujuh bulan hari ini. Meniarap dah pandai, ketawa mengekek-ngekek pun dah pandai. Sekarang NNM tengah asah skill nak menjulur ke depan. Kalau datang mood baik, laju lah dia menjulur. Tapi kalau datang mood nak manja-manja, umpan la apa pun depan mata, semua tak jalan. Manja je suara mintak dukung :)




NNM and Daddy on her Aqiqah day.





heyAwak: Berat NNM masa last check up, 6kg. Sekarang NNM dah start makan. Suka makan! Nanti balik kampung mesti Atuk dan Nenek cakap, "Amboiii, dah hantap cucu manja sorang ni!" :)





Wordless Wednesday

















heyAwak: Isn't she adorable? :-)






Majlis Berendoi dan Akikah

Assalamualaikum wbt


Kali ni nak bercerita pasal majlis Akikah dan Berendoi NNM yang telah selamat berlangsung tiga bulan lepas. Errr, dah berlapuk dah cerita ni ;p


Sebenarnya majlis untuk NNM ni tumpang sekaki majlis sambut menantu kedua keluarga belah En Selangor. Kalau belah keluarga saya di Sungkai, memang tak pernah makabah buat majlis berendoi untuk kesemua 25 orang cucu sebelum ni. Sekadar buat kenduri doa selamat dan majlis bercukur kecil-kecilan sahaja. 


Memandangkan NNM cucu pertama (dan kesayangan, buat masa ini ;p), Onni dan Datuk (panggilan untuk PIL) semangat lah nak buat Majlis Berendoi dan Akikah ni. Mommy lagi lah bersemangat! Hehehe. Tq Onni dan Datuk. Tq jugak untuk Ayah Iwan dan Acik Ina sebab bagi tumpang majlis :)
Jadi, bertarikh 28Januari 2012 yang lepas, berlangsunglah majlis yang gemilang, besar, meriah, meletup itu. Ececececeh~ Perumpamaan tak boleh blah~












































heyAwak: Terima kasih pada Mommies yang sudi datang. Tak lupa special thanks buat sahabat baik, Nazli Huda, sebab bersusah payah buatkan popcake dan triffle demi NNM :)