kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

3 months. Yeay!

 Assalamualaikum.

Sabda baginda s.a.w: Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan. Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah. Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan memperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati. Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya. Dan ia berkata: “Dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”.

Alhamdulillah, semalam 10hb, genap tiga bulan usia Nur Nawal Medina. Syukur Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan untuk terus menyusukan Nur Nawal Medina selama tiga bulan ini. Jika diizinkanNYA, InsyaAllah saya mahu susukan Nur Nawal Medina untuk satu tahun tujuh bulan lagi. Itu yang seeloknya. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Selamat ulangbulan ke-tiga, anak Mommy. Besar nanti jadi anak yang solehah ya, sayang.


HeyAwak: Tak sabar nak tunggu Nur Nawal Medina besar. Boleh main mekap-mekap sama-sama!

0 comments: