kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Lawatan ke kandang kambing :)

 Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, usia Nur Nawal Medina dah menginjak ke tiga bulan pada 10hb yang lalu. Dah besar anak Mommy! :)


Minggu lepas kami bawa Nur Nawal Medina ke kandang kambing di Kapar, ambil peluang untuk memilih dan memperkenalkan Nur Nawal dengan kambing yang bakal disembelih untuk majlis akikah dan berendoi Nur Nawal Medina pada 28hb Januari depan. InsyaAllah. 




Nur Nawal Medina dan Daddy di hadapan kandang. 







Sesi memilih kambing untuk akikah. Ada seekor kambing yang seperti menyerah diri di saat kambing-kambing yang lain melarikan diri berkumpulan apabila pintu kandang dibuka. 




Yang berwarna coklat. Itulah kenderaan yang bakal Nur Nawal Medina tunggang ke syurga kelak! InsyaAllah :)


HeyAwak: Jemputlah datang ke majlis berendoi dan akikah Nur Nawal Medina pada 28 Januari nanti ya! :)

2 comments: