kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Pantai Hospital, Ampang

Assalamualaikum wbt

Been busy lately. Tak sempat nak update heyAwak selalu. Banyak benda nak dicerita. Banyak cerita mahu dikongsi. Lama punya cerita. Semua dah basi. Tapi, it doesn't matter la, kan? Update tetap update, walaupun benda dah outdated. Cerita tetap cerita, walaupun dah lapuk ;p


Okay, where to start? Hmm…


Kalau ikut kronologinya, kita mula dengan cerita Nur Nawal Medina (NNM) warded pada pertengahan Januari yang lepas lah. Kesian anak Mommy, demam dan selsema tak sudah-sudah. Silih berganti. Baik demam, selsema pulak datang. Selsema dah sembuh, demam balik. Tak kebah-kebah.


Orang cakap, kalau baby exclusively breastfeed, susah penyakit nak menjengah ni. NNM memang exclusively breastfeed dari awal lagi sampailah sekarang. Tak tahu mana silapnya. Hmmm…takpe lah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. InsyaAllah.



23012012104


4 hari 3 malam di hospital. Tak lekang Mommy dan Daddy dengan NNM. Risau bila doktor cek suhu NNM, 39.7! Tapi Alhamdulillah, lepas masuk ubat ikut punggung, suhu NNM turun mendadak. Lega. Tapi bila doktor maklumkan keputusan ujian darah, rasa risau datang balik. White blood count NNM tinggi sangat. Normally for baby, bacaannya antara 4-11. Tapi NNM dah jejak 25.6! Doktor sarankan we stay for another 2 nights, cukupkan 3x pengambilan antibiotik. Sedih tengok NNM kena drip. Masa mula-mula nak ambil darah, NNM menangis sampai takde suara Sad smile




23012012108


Selesai bab demam, tinggal part selsema je yang tak sembuh lagi. Hari terkahir, sekali lagi rasa tak sampai hati tengok NNM masa fisioterapi. Sedut semua kahak dan hingus. Kesian anak Mommy Sad smile




24012012110




Alhamdulillah, hari terakhir di hospital, NNM dah boleh ketawa dan main-main macam biasa. Macam gambar kat bawah ni!

08022012118



heyAwak: hujung minggu ni nak bawa NNM jumpa paed. Semoga lepas ni NNM terus sihat. Terus menjadi penyeri dalam hidup Mommy dan Daddy Smile

3 comments: