kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Bayi Susu Ibu


Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, dua hari lepas genap usia NNM lima bulan. Alhamdulillah juga, setakat ni memang NNM exclusively breastfeed. InsyaAllah selagi tak putus rezeki NNM, selagi diizinkan Allah, saya bercadang mahu menyusukan NNM sehingga berusia dua tahun. Tiap hari tak pernah putus berdoa agar rezeki NNM sentiasa ada, agar Allah perbanyakkan susu saya untuk NNM. 



Saya yakin kalian sudah sedia maklum tentang kebaikan dan khasiat penyusuan susu ibu terhadap bayi. Disebabkan mood nak menaip panjang-panjang tengah takde, sila klik sini untuk maklumat lanjut.  Teheheh ;p


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sehingga ke hari ini Allah permurahkan rezeki NNM, Allah juga permudahkan urusan dan perjuangan saya untuk terus menyusukan NNM walaupun stok susu yang saya simpan saban hari hanya sekadar cukup makan. Sekurang-kurangnya saya masih berpeluang untuk memastikan NNM mendapat haknya sebagai seorang anak dan saya masih berdaya menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.



Alhamdulillah, setakat ini saya mendapat sokongan 100% dari En Selangor serta keluarga. Haruslah En Selangor sokong, kan? Boleh jimat tang beli susu formula! ;p



InsyaAllah, lagi sebulan NNM dah boleh mula makan solid food. Tengah giat mengumpul resepi solid food sikit-sikit. Lepas ni, NNM dah ada jadual menu harian. Yeay!





Testing bouncer di JJ Alpha Angle. End up Daddy tak belikan pun sebab tiga minit pertama je NNM feel duduk atas tu. Lepas tu dah mula buat muka gelisah, garu-garu kepala mintak dukung ;p





Jangan tak tahu, NNM ni puteri lilin tau. Kadang-kadang tu kipas depan mata pon boleh berpeluh-peluh. Isk, ikut pe'el siapa la ni?





NNM di Nursing Room JJ Ipoh.




"Daddy, jangan lah asyik tangkap gambar saya je. Dah la tak bayar royalti!"






Happy 5th month anak Mommy dan Daddy. Jadi anak solehah ye, sayang. =)



heyAwak: Rasanya NNM ni bukan cat lover kot. Bila kucing dok mengiau-ngiau lalu sebelah pun NNM buat 'dekkkk' aje. Memang anak Mommy betul! Hehehe


0 comments: