kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

5th Month

Assalamualaikum wbt


Tak sabar nak tunggu bulan depan. Nur Nawal Medina dah nak masuk enam bulan. Dah besar anak Mommy dan Daddy ni. Makin bijak. Makin comel. Makin cantik (macam Mommy) ;p


Kalau sebelum ni hobi NNM suka jelir-jelir lidah, sekarang NNM dah beralih angin pulak. NNM suka menyembang sambil menyembur-nyembur. Habis tempias satu bilik dibuatnya :))


Minggu lepas En Selangor bawa NNM untuk check up bulan ke-lima. Nurse bagi banyak maklumat berguna tentang penyediaan solid food yang betul memandangkan NNM dah boleh start makan bulan depan. Yeay! Harap-harap bila dah start makan nanti, NNM membesar bagai juara! Jangan tak tahu, NNM tinggi tau. Boleh jadi model~ Tapi berat NNM dah bawah line kuning, underweight. Nurse cakap as long as NNM lincah dan sihat, we don't have to worry about that. Alhamdulillah :))



Sekarang moh kite layan aksi NNM waktu Mommy shopping tudung di butik Radiusite Shah Alam :)



















Allaaa tomey tomey~




heyAwak: Tadi petang officemate tanya, "Bila nak tambah satu lagi?" Ngeee~








2 comments: