kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

Baby Talk

Assalamualaikum wbt


NNM's going on eight months this coming 10th June! Mommy and Daddy love you, NNM! :)



Baby talk in the morning :)



Kalau sebelum ni NNM pernah bergambar dengan Dynas Mokhtar, kali ni NNM berkesempatan berposing dengan Lisa Surihani pulak. Untung NNM dapat Mommy yang tak malu nak kejar2 retis ni ;p


Muka Daddy tersipu-sipu malu dapat bergambar dengan retis ;p


Met Lisa at Empire, Subang. Masa ni Daddy dan dua orang lagi officemates open table kat Chili's. Al maklumlah, dapat bonus besar ;p



Minggu lepas NNM kena demam campak. Lima hari straight la Mommy cuti. Alhamdulillah, NNM tak kena demam campak yang besar-besar tu. Balik kampung Sungkai, Nenek dan Atuk belikan kelapa muda. Mandikan NNM dengan air kelapa, terus campak tu start naik kat kaki. Nenek cakap, kalau dah naik kat kaki, maknanya dah nak penghujung tu. 


Lagi satu, Nenek lumur badan dan muka NNM dengan bedak sejuk yang Nenek buat. Bagi campak tu kecut cepat sikit dan untuk hilangkan miang. Bila dah lumur bedak sejuk ni, nampak la NNM selesa sikit. Kalau tak, asyik nak menggaru je. Alhamdulillah, NNM dah sihat walafiat sekarang :)


Nak tengok muka comot NNM masa kena demam campak?

"Otakkk... Otak..." (Zombie kampung Pisang)




Good girl anak Mommy ni. Demam-demam pun ceria je muka. Tapi waktu ni je la kan. Time lain asik nak berkepit je dengan Mommy :)



Semoga NNM terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada sebarang penyakit. Amin.


Untuk progress sehingga umur NNM lapan bulan ni, rasanya masih sama macam skill yang diupdate sebelum ni. NNM masih belum pandai merangkak lagi. Gigi pon tak tumbuh lagi. Nenek cakap, Mommy dulu umur 9 bulan dah boleh berjalan laju-laju. Takpe lah, mana tau lepas ni dengan kuasa Allah, NNM tumbuh gigi dan berjalan terus berlari ;p 


Lagi satu, sekarang NNM dah mula kenal orang. Seronok tengok NNM terlompat-lompat seronok dalam dukungan cikgu kat sekolah bila nampak je Mommy bukak pintu kereta masa nak jemput balik rumah :)


Olololololo~




heyAwak: Bulan puasa dah tak lama. Sekarang tengah giat mengumpul stok susu untuk NNM bekalan bulan puasa nanti. Alhamdulillah, so far bekalan mencukupi. 




0 comments: