kerawang

Nurul Huda & Zaiman Noris

12 june 201026 june 2010

NNM in action

 

 

 

HeyAwak: Cantik! :)

Home sweet home!

Assalamualaikum wbt

 

Alhamdulillah. Kami dah mula belajar hidup sendiri. Hampir sebulan kami berpindah masuk ke rumah (sewa) baru.

 

Seronok!

 

HeyAwak: Kalau ada rezeki lebih, kami buat housewarming, InsyaAllah kami jemput ok? :)

 

Quick update :)

Assalamualaikum wbt.

Ya ampunnn. Bersawang kemahen heyAwak sekarang. Last update masa Nur Nawal Medina 6 bulan kot. Sekarang dah nak dekat sebulan NNM setahun. Happy birthday anak Mommy! :)

NNM's first bracelet from Atuk & Onni. Thanks! :)

 

Alhamdulillah. Dah setahun usia NNM. Makin bijak. Makin cerdik. Makin banyak kerenah. Makin buat Mommy dan Daddy gembira hari-hari. Gigi baru dua. Hari-hari sengih lebar tayang gigi. Ngeeee~

 

NNM masih belum pandai berjalan. Tapi dah giat meniti keliling meja, ulang alik sofa kiri ke kanan. Rajin mengemas. Rajin teman Mommy di dapur sambil punggah barang di rak, sambil mulut tak henti-henti berceloteh :)

 

Seperkara lagi, NNM dah pandai panjat katil/sofa sendiri. Nak turun pun dah pandai hulur kaki dulu. Daddy yang ajar :)

 

Yang paling ketara, NNM sukaaaaaa sangat kalau Mommy dan Daddy bawa jalan-jalan. Sepanjang jalan berceloteh excited! (Ini rasanya menurun perangai Mommy ;p)

 

 

Oh, sebab baru lepas Raya AidilAdha, nak pos gambar kami sekeluarga di pagi raya boleh? Errr, tapi ni gambar masa raya puasa la ;p

Selamat hari raya semua :)

 

 

HeyAwak: Kami ada berita gembira. Tunggu next entry ye :)